Dalam seminggu dua ni aku asyik menulis mengenai Kem Ketahanan Fizikal.... entahlah berturut-turut aje peristiwa yang aku lalui asyik mengenainya.....Pada petang tadi aku telah menyambut kepulangan seorang sahabat dari menghadiri Kursus Kem Ketahanan Fizikal peringkat lanjutan di Kuala Medang , bertempat di Kuala Lipis , Pahang....Tempat kelahiranku....Sahabat karibku ini merupakan antara salah seorang sahabat yang paling baik yang pernah aku ada dalam hidupku....dan dia merupakan antara orang penting dalam hidup aku....yang banyak memberi semangat dan pendorong untuk aku berjaya... aku bersyukur kerana allah menemukan aku dengan orang-orang yang baik dalam hidupku seperti dia........aku berharap semoga persahabatan kami membawa kebahagiaan sehingga ke akhirat.....Amin....Berbalik semula kepada cerita sahabat karibku...Entahlah selepas aku menghadiri kursus ketahanan fizikal di Sg Lembing , entah macamana nama dia pula tersenarai untuk menghadiri kursus tersebut.... Kuala Lipis adalah satu kawasan yang kaya dengan khazanah hutan....Dia pergi selama empat hari tiga malam....Pada mula dia menerima arahan dia memang teruja tapi masih was-was dengan keputusannya menerima arahan tersebut sebab risau kerana terpaksa meninggalkan keluarga untuk beberapa hari....Tapi aku selaku sahabat karibnya sentiasa memberi perangsang untuk dia menyahut cabaran...sebab aku kenal benar dengan minat dan impian sahabatku ini....jadi dia pergi dengan bersemangat sekali.....Sebelum pergi dia sanggup untuk membeli beberapa peralatan semata-mata untuk ke Kem tsbt.....Tergelak aku memerhatikan gelagat sahabatku sorang ni...Setelah tamat tempoh kursusnya....sampailah masa dia pulang semula ke Kuantan....Setibanya sahabatku itu di perkarangan pejabat , dari jauh aku telah terpandangkan akan wajahnya.......aku nampak dia tersenyum panjang dan melirik aje.....aku nampak dia happy sangat....sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju , dia asyik bercerita mengenai pengalaman kursus yang dihadirinya....cahaya kegembiraannya jelas terpancar dari wajahnya.....dia cukup bahagia dengan situasi yang baru dia lalui sekarang......Seingat aku telah lebih 12 tahun dia menyepikan diri dari menghadiri aktiviti yang paling dia minati...hutan dan aktiviti lasak telah sinonim dengan dirinya sejak dari zaman kanak-kanak lagi....tapi bila dia telah berkeluarga dia terus meninggalkan semua aktiviti tsbt walaupun minatnya begitu mendalam sekali....itulah tanda cintanya demi untuk orang yang paling dicintai dalam hidupnya....kerana teman hidupnya tidak suka dia menyertai aktivii begitu....bertuah sungguh insan yang mendapat kasih sayangnya....hanya orang yang terpilih sahaja , mendapat kasih sayang yang sebegitu banyak... tiada siapa yang tahu perjalanan hidup kita...kita hanya mampu merancang tapi allah yang menentukannya.....besar pengorbanannya...dia sanggup meninggalkan dunia dia demi orang yang dicintai...tapi oleh kerana arahan yang tidak bolah diingkari... dia dapat untuk menyertai aktiviti tersebut....bila aku melihat wajah ceria dia petang tadi... aku rasa bahagia sangat....sebab aku dapat rasakan dia dah dapat semula dirinya yang hilang selama ini...aku harap dia dapat apa yang dia impikan selama ini....dunia dia yang hilang....dari pemerhatian aku akan sahabat ku ini....Cinta dalam hidup kita memang penting tapi bila kita telah mendapat cinta jangan kedekut untuk berkorban demi orang yang kita cintai... Kerana untuk mendapat cinta yang banyak dan sejati kita jangan kedekut untuk memberi , seandainya kita mendapat pasangan yang pandai menilai cinta kita......tapi andai sebaliknya........terasa hambarlah cinta kita.....aku sentiasa mendoakan semoga kebahagiaan menjadi miliknya yang abadi......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment