Kursus Ketahanan Fizikal






Baru-baru ini aku telah menghadiri kursus ketahanan fizikal di Sg. Lembing , anjuran tempat aku bekerja.... pada mulanya aku rasa berat hati nak pergi....maklumlah dengan komitmen anak-anak yang bersekolah dan pada masa yang sama anak-anak ada yang tak sihat , ditahan di wad akibat demam dan paru-paru dijangkiti kuman...tapi oleh kerana support orang tersayang , sahabat dan keluarga...aku berjaya juga mempersiapkan diri untuk berangkat ke kursus yang diarahkan oleh majikan tempat aku bekerja....sepanjang perjalanan aku ke kem kursus , aku berasa amat sedih sebab kena tinggalkan anak-anak yang kurang sihat di bawah jagaan keluarga dan sahabat aku , tanpa aku disisi mereka...dlm diam2 aku menangis....tapi dalam masa yang sama aku terpaksa selesaikan arahan2 yang aku terima , dan aku mula fokus pada tugasan yang aku pikul...aku berjaya mengawal emosi aku....setiba di kem kursus aku menerima arahan yang bertalu-talu yang memaksa aku melupakan buat seketika tentang urusan peribadi aku....aku mencuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang aku lalui...sebenarnya kem ketahan fiikal ini bukanlah asing buat aku , kerana ianya telah aku lalui semasa zaman aku belajar dahulu, semasa aku melangkah kaki ke institusi pengajian......tapi cuma masa aje yang berbeza...semasa itu aku tiada tanggungan , sekarang aku telah ada tanggungan...aktiviti demi aktiviti aku tempohi , mulanya aku berasa kekok juga tapi selepas beberapa aktiviti aku tempohi aku mula bersemangat untuk melalui setiap aktiviti dan berusaha untuk menyudahkan arahan dengan cemerlang bersama rakan-rakan sepasukan dengan jayanya. Kami mula rapat dan mengenali antara satu dengan lain dengan mesra....dan kami berseronok dengan detik-detik yang kami lalui bersama.....dan akhirnya kami dapat semangat berpasukan dan bergerak dalam pasukan.....tibalah pada detik perpisahan yang kami nantikan selama kami di kem ini.....tanpa disedari rupanya terselit rasa sedih untuk meninggalkan kem ini dan rakan-rakan serta Kem Komander dan semua fasilitor yang bertugas...yang banyak mengajar kami ilmu baru dan mengingatkan kami ilmu lama yang semakin kami lupakan dek kesibukan bekerja sehingga mengabaikan jati diri kami......Tanpa disedari aku menangis teresak-esak.... Kesimpulannya Kem Kursus Ketahanan Fizikal adalah bagus untuk memupuk semangat jati diri dan mengingatkan diri kita untuk memperbaiki diri agar lebih bersemangat dalam memberi khidmat yang ikhlas , jujur dan amanah kepada masyarakat......


♥ღ Chat! ♥ღ