Projek Penanaman Pokok Kelapa


Penanaman pokok kelapa bagi tujuan pengindahan di pusat bandar adalah merupakan pekara yang baru dalam bidang landskap. Idea penanaman pokok kelapa di pusat bandar Kuantan sebagai menggantikan pokok lain bagi tujuan pengindahan menarik perhatian aku. Ia merupakan satu tindakan yang boleh dikatakan berani kerana ianya lari dari kebiasaan. Sekalung ucapan Tahniah dan Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kuantan , khasnya kepada warga kerja Jabatan Landskap yang bertungkus lumus menjayakan misi ini...dan berjaya memberi impak yang besar pada landskap di Kuantan , Pahang.. Kebiasaan bagi kita bila sebut saja men'design' sesuatu kawasan landskap kita akan mencari pokok-pokok yang bernilai komersial. Apabila kita menanam pokok kelapa kita memerlukan penelitian dan kebijaksanaan dalam menyusun atur kedudukannya supaya nampak menarik..... Pokok kelapa berasal dari negara kita Malaysia...merupakan salah satu pokok exotic..... Pokok kelapa mempunyai keunikannya tersendiri...Selama ini kita telah terlepas pandang akan khazanah bumi malaysia yang kita miliki..kita terlalu mengagungkan apa yang datang dari luar....contohnya satu ketika dulu penanaman pokok blue juniper menjadi kegilaan ramai....tanpa kita sedari kita telah meletakkan barang yang datang dari luar itu terlalu tinggi nilainya , dan membiarkan harta yang bernilai yang kita miliki tidak dihargai....cubalah kita renungkan bersama....

Memilih kerjaya sampingan

Dalam situasi ekonomi sekarang yang tidak berapa baik...terfikir gak aku nak tambah pendapatan tambahan....sebab bila dapt gaji bulanan aje habis duit untuk bayar duit rumah , kereta , belanja anak-anak dan keperluan sendiri.....kekadang tak sempat nak beli barang-barang keperluan peribadi......pening.....

♥ღ Chat! ♥ღ