Cerita Nenek.....
Semasa aku kecil dahulu , semasa arwah nenekku masih hidup...dia rajin memperdengarkan aku dengan cerita-cerita dongeng melayu lama.....aku masih ingat lagi bila sesekali aku balik ke kampung nenek ku...iaitu nenek sebelah ibu yang aku panggil 'wan'..bila malam aku dengan adik tido dengan 'wan' , wan rajin bercerita mengenai cerita dongeng....tanpa ada buku kerana wan buta huruf...dia tak pernah pergi ke sekolah , kerana arwah moyang ku tak mengizinkan anak-anak perempuan pergi ke sekolah katanya , andai dah pandai membaca dan menulis , nanti pandai pula menulis surat cinta dan gatal hendak berlaki.....kerana perkahwinan orang tua-tua dahulu ditentukan oleh ibubapa....berbalik semula kepada kisah wan yang pandai bercerita , dan mengingati setiap dialog dan jalan cerita tanpa ade sebarang catatan....kerana aku rajin meminta wan bercerita apabila ade kesempatan , kekadang wan akan ulang cerita yang sama sampai aku tertido....sampai aku ingat jalan cerita dan dialognya...tapi bila aku dah mempunyai anak dan ingin mengulang semula cerita wan aku dah ingat-ingat lupa....itu yang buat aku jadi frust....bila teringatkan wan , aku jadi kagum...bagaimana wan boleh buat semua benda tu....sedangkan aku mudah lupa....andai ada arahan dari bos mesti kena catit kalo tidak akan mudah lupa.....terdetik di hatiku untuk mengumpul semula cerita-cerita wan dari mak....ingin rasanya aku bukukan cerita wan satu hari nanti........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment