Ibarat Lilin....





Aku ambil gambar ni ketika malam semalam di kawasan Kediaman ku terputus bekalan letrik...... Lama juga kami bergelap dan hanya diterangi cahaya LILIN....Nasib baik ade LILIN....Lama ku perhatikan lilin....Kasihan melihat lilin , ia sanggup membakar diri demi menerangi org lain....begitulah ibarat kehidupan insan yang sedia berkorban demi membahagiakan kehidupan insan lain....Renungkanlah.....

Embun di awal pagi....


Masa nak g kerja saje lalu di tepi pantai nak Pantai Tembeling.....ternampak lak embun di atas rumput......rasa cantik g lah snap sekeping dua....rasa tenang hati engok embun....

Layu sebelum waktu


Saje test skill....tengok bunga mawar kat atas meja ku dah layu.....cantik gak kalo di potretkan...tengok hasilnya....

Kunjungan Ke Pesta Flora di Putra Jaya , KL....











Pada 17hb Julai 2010 yang lepas , aku telah membawa rombongan pejabat ku ke PESTA FLORA di Putra Jaya di Kuala Lumpur.... Di sini aku sempat melayan hobiku , iaitu mengambil beberapa keping gambar semasa di sana..... di sini aku upload untuk tontonan bersama..

Erti Sebuah Kasih Sayang....


Dah lama aku tak menulis di blog aku ni....tiba-tiba terasa teringin untuk menulis pada malam n.... ini tentang erti kasih-sayang sebenarnya.....erti kasih sayang adalah 'andai kita menyayangi seseorang , kita sanggup berkorban demi untuk kebahagiaan org yang kita sayang....tapi bukan memiliki.....'cukup dulu buat kali ini.....sambung dilain kali....

Kisah Anak Ayam dengan Musang



Jeng-jeng aku dah nak mula menulis cerita dongeng nenekku....he3....Al-kisahnya , Pada suatu masa dahulu , di sebuah kampung tinggal seekor anak ayam bersama ibunya...di sebuah kampung di pinggir hutan... tempat mereka tinggal sedang huru-hara kerana serangan seekor sang musang...pada setiap malam ada sahaja ayam-ayam yang menjadi mangsa sang musang tersebut....he3... jauh dihujung kampung tinggal seekor anak ayam bersama ibunya...anak ayam ini bernama manja...nama timang-timangan yang diberikan oleh ibunya...ibunya bernama cik putih...dia manja sangat dengan ibunya....anak ayam tersebut dah pandai berlari dan mencari makan sendiri...hobinya suka merayau-rayau sambil mencari cacing dan ulat tanah....pada pagi tersebut semasa cik putih pergi mencuci pakaian dia bertemu dengan cik bulat sahabat baik cik putih , cik bulat memang merupakan seekor ayam yang ramah dan becok tapi tdia baik dan amat mesra sekali bila bertemu kawan-kawannya...kebetulan cik putih dah lama tak keluar berjalan-jalan menemui jiran tetangganya akibat sibuk menguruskan dan menjaga anak kesayangannya manja...setelah hampir dua bulan cik putih menyepikan diri...terasa rindu dihatinya untuk bertemu dengansahabat baiknya...jadi dengan kesempatan yang ada itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh cik putih....semasa tengah rancak bersembang dengan cik bulat....Manja tiba-tiba datang berlari-lari ingin memanjat ibunya....begitulah setiap hari manja amat rapat dengan ibunya dan terlalu manja dengan ibunya....apabila cik bulat ternampak akan Manja , anak sahabatnya...dia pun teringat kisah malam kelmarin , anak kenalannya mati dimakan oleh sang musang durjana....jadi tanpa berlengah lagi dia terus meneritakan kisah yang menyayat hatinya kepada sahabat baiknya , cik putih....apabila cik putih mendengar cerita tersebut dia pun berasa sedih.....cik putih tiba-tiba teringatkan anak kesayangan , Manja.... anaknya itu memang nakal dan sering bermain-main di tepi belukar berhampiran dengan rumah mereka....hatinya tiba-tiba berdebar2 bila teringat akan Manja...segera dia memohon diri untuk pulang ke rumah untuk melihat manja...seperti kebiasaan Manja tiada di rumah...puas cik putih memanggil dan mencari anaknya...sedang cik putih temenung memikirkan anaknya....tiba-tiba muncul manja dari belakang dan mengejutkan ibunya yang sedang susahati memikirkannya....'Hhaahh...ibu'...jerit manja dengan lagak manjanya pada ibunya.... "oppps terkejut ibu...Manja pergi ke mana ? puas ibu cari tapi tak jumpa....risau ibu tau..." Sambil tersenyum nakal manja menjawab..."Mmmm...manja main kat tepi belukar di belakang umah kita bu..., kenapa ibu nampak susahati je....apa yang berlaku ibu?" soal manja dengan petahnya....berkerut dahi cik putih mendengarkan jawaban anak kesayangannya sambil dengan nada suara yang cemas , cik putih menyoal manja , "Manja main dengan siapa ?...." Dengan selamba Manja menjawab..."Manja main sorang-sorang , tapi semasa main tadi manja terjumpa pak Musang....ibu..ibu..pak musang datang , katanya , hai comel nama sapa ? rumah kat mana ? tinggal dengan sapa ? dan malam ini tido kat mana ?" sambil manja mengajuk suara garau pak musang menyoalnya....Terkejut cik putih mendengar cerita anak kesayangannya...Dengan nada yang ketakutan cik putih menyoal manja yang masih dengan muka selamba memandang ibunya "Apa ? Manja jumpa Pak Musang , habis tu Manja jawab ape ? " Dengan wajah yang ceria Manja menjawab pertanyaan ibunya.."Manja cakaplah kat Pak Musang , nama saya Manja , Manja tinggal bersama ibu , kami tinggal berhampiran pokok kenanga besar di simpang depan...malam ni kami tido kat atas pokok jambu batu kat sebelah pokok kenanga..."Dengan selamba aje manja menjawab . tanpa ada rasa curiga.... Terkejut beruklah cik putih mendengar pengakuan jujur dan berani anak kesayangannya.... Lalu dengan nada sedih dan kecewa cik putih pun bersuara..." alahai Manja , habislah kita malam ni..." Manja memandang ibunya yang berada dalam keadaan sedih...Lalu bertanya , " Kenapa ibu ? " Lalu cik putih pun berkata dengan sedih , " Manja , anak mak sebenarnya Pak Musang tu jahat , dia nak makan kita nak...nampaknya terpaksalah kita mencari tempat tido yang lain pada malam ini..." Kata Cik Putih kepada anak kesayangannya.... " Iye ker ibu ? Habis kita nak tido kat mana ibu ? " tanya si Manja kehairanan.... Lalu cik Putih menjawab , " Mmm...tak per petang nanti ibu bagitahu yer..." Cukup sampai di sini dulu kita sambung di lain coretan....he3......


Cerita Nenek.....

Semasa aku kecil dahulu , semasa arwah nenekku masih hidup...dia rajin memperdengarkan aku dengan cerita-cerita dongeng melayu lama.....aku masih ingat lagi bila sesekali aku balik ke kampung nenek ku...iaitu nenek sebelah ibu yang aku panggil 'wan'..bila malam aku dengan adik tido dengan 'wan' , wan rajin bercerita mengenai cerita dongeng....tanpa ada buku kerana wan buta huruf...dia tak pernah pergi ke sekolah , kerana arwah moyang ku tak mengizinkan anak-anak perempuan pergi ke sekolah katanya , andai dah pandai membaca dan menulis , nanti pandai pula menulis surat cinta dan gatal hendak berlaki.....kerana perkahwinan orang tua-tua dahulu ditentukan oleh ibubapa....berbalik semula kepada kisah wan yang pandai bercerita , dan mengingati setiap dialog dan jalan cerita tanpa ade sebarang catatan....kerana aku rajin meminta wan bercerita apabila ade kesempatan , kekadang wan akan ulang cerita yang sama sampai aku tertido....sampai aku ingat jalan cerita dan dialognya...tapi bila aku dah mempunyai anak dan ingin mengulang semula cerita wan aku dah ingat-ingat lupa....itu yang buat aku jadi frust....bila teringatkan wan , aku jadi kagum...bagaimana wan boleh buat semua benda tu....sedangkan aku mudah lupa....andai ada arahan dari bos mesti kena catit kalo tidak akan mudah lupa.....terdetik di hatiku untuk mengumpul semula cerita-cerita wan dari mak....ingin rasanya aku bukukan cerita wan satu hari nanti........

Perihal sahabat karib ku.....

Dalam seminggu dua ni aku asyik menulis mengenai Kem Ketahanan Fizikal.... entahlah berturut-turut aje peristiwa yang aku lalui asyik mengenainya.....Pada petang tadi aku telah menyambut kepulangan seorang sahabat dari menghadiri Kursus Kem Ketahanan Fizikal peringkat lanjutan di Kuala Medang , bertempat di Kuala Lipis , Pahang....Tempat kelahiranku....Sahabat karibku ini merupakan antara salah seorang sahabat yang paling baik yang pernah aku ada dalam hidupku....dan dia merupakan antara orang penting dalam hidup aku....yang banyak memberi semangat dan pendorong untuk aku berjaya... aku bersyukur kerana allah menemukan aku dengan orang-orang yang baik dalam hidupku seperti dia........aku berharap semoga persahabatan kami membawa kebahagiaan sehingga ke akhirat.....Amin....Berbalik semula kepada cerita sahabat karibku...Entahlah selepas aku menghadiri kursus ketahanan fizikal di Sg Lembing , entah macamana nama dia pula tersenarai untuk menghadiri kursus tersebut.... Kuala Lipis adalah satu kawasan yang kaya dengan khazanah hutan....Dia pergi selama empat hari tiga malam....Pada mula dia menerima arahan dia memang teruja tapi masih was-was dengan keputusannya menerima arahan tersebut sebab risau kerana terpaksa meninggalkan keluarga untuk beberapa hari....Tapi aku selaku sahabat karibnya sentiasa memberi perangsang untuk dia menyahut cabaran...sebab aku kenal benar dengan minat dan impian sahabatku ini....jadi dia pergi dengan bersemangat sekali.....Sebelum pergi dia sanggup untuk membeli beberapa peralatan semata-mata untuk ke Kem tsbt.....Tergelak aku memerhatikan gelagat sahabatku sorang ni...Setelah tamat tempoh kursusnya....sampailah masa dia pulang semula ke Kuantan....Setibanya sahabatku itu di perkarangan pejabat , dari jauh aku telah terpandangkan akan wajahnya.......aku nampak dia tersenyum panjang dan melirik aje.....aku nampak dia happy sangat....sepanjang perjalanan kami ke destinasi yang dituju , dia asyik bercerita mengenai pengalaman kursus yang dihadirinya....cahaya kegembiraannya jelas terpancar dari wajahnya.....dia cukup bahagia dengan situasi yang baru dia lalui sekarang......Seingat aku telah lebih 12 tahun dia menyepikan diri dari menghadiri aktiviti yang paling dia minati...hutan dan aktiviti lasak telah sinonim dengan dirinya sejak dari zaman kanak-kanak lagi....tapi bila dia telah berkeluarga dia terus meninggalkan semua aktiviti tsbt walaupun minatnya begitu mendalam sekali....itulah tanda cintanya demi untuk orang yang paling dicintai dalam hidupnya....kerana teman hidupnya tidak suka dia menyertai aktivii begitu....bertuah sungguh insan yang mendapat kasih sayangnya....hanya orang yang terpilih sahaja , mendapat kasih sayang yang sebegitu banyak... tiada siapa yang tahu perjalanan hidup kita...kita hanya mampu merancang tapi allah yang menentukannya.....besar pengorbanannya...dia sanggup meninggalkan dunia dia demi orang yang dicintai...tapi oleh kerana arahan yang tidak bolah diingkari... dia dapat untuk menyertai aktiviti tersebut....bila aku melihat wajah ceria dia petang tadi... aku rasa bahagia sangat....sebab aku dapat rasakan dia dah dapat semula dirinya yang hilang selama ini...aku harap dia dapat apa yang dia impikan selama ini....dunia dia yang hilang....dari pemerhatian aku akan sahabat ku ini....Cinta dalam hidup kita memang penting tapi bila kita telah mendapat cinta jangan kedekut untuk berkorban demi orang yang kita cintai... Kerana untuk mendapat cinta yang banyak dan sejati kita jangan kedekut untuk memberi , seandainya kita mendapat pasangan yang pandai menilai cinta kita......tapi andai sebaliknya........terasa hambarlah cinta kita.....aku sentiasa mendoakan semoga kebahagiaan menjadi miliknya yang abadi......

slideshow

Kursus Ketahanan Fizikal






Baru-baru ini aku telah menghadiri kursus ketahanan fizikal di Sg. Lembing , anjuran tempat aku bekerja.... pada mulanya aku rasa berat hati nak pergi....maklumlah dengan komitmen anak-anak yang bersekolah dan pada masa yang sama anak-anak ada yang tak sihat , ditahan di wad akibat demam dan paru-paru dijangkiti kuman...tapi oleh kerana support orang tersayang , sahabat dan keluarga...aku berjaya juga mempersiapkan diri untuk berangkat ke kursus yang diarahkan oleh majikan tempat aku bekerja....sepanjang perjalanan aku ke kem kursus , aku berasa amat sedih sebab kena tinggalkan anak-anak yang kurang sihat di bawah jagaan keluarga dan sahabat aku , tanpa aku disisi mereka...dlm diam2 aku menangis....tapi dalam masa yang sama aku terpaksa selesaikan arahan2 yang aku terima , dan aku mula fokus pada tugasan yang aku pikul...aku berjaya mengawal emosi aku....setiba di kem kursus aku menerima arahan yang bertalu-talu yang memaksa aku melupakan buat seketika tentang urusan peribadi aku....aku mencuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang aku lalui...sebenarnya kem ketahan fiikal ini bukanlah asing buat aku , kerana ianya telah aku lalui semasa zaman aku belajar dahulu, semasa aku melangkah kaki ke institusi pengajian......tapi cuma masa aje yang berbeza...semasa itu aku tiada tanggungan , sekarang aku telah ada tanggungan...aktiviti demi aktiviti aku tempohi , mulanya aku berasa kekok juga tapi selepas beberapa aktiviti aku tempohi aku mula bersemangat untuk melalui setiap aktiviti dan berusaha untuk menyudahkan arahan dengan cemerlang bersama rakan-rakan sepasukan dengan jayanya. Kami mula rapat dan mengenali antara satu dengan lain dengan mesra....dan kami berseronok dengan detik-detik yang kami lalui bersama.....dan akhirnya kami dapat semangat berpasukan dan bergerak dalam pasukan.....tibalah pada detik perpisahan yang kami nantikan selama kami di kem ini.....tanpa disedari rupanya terselit rasa sedih untuk meninggalkan kem ini dan rakan-rakan serta Kem Komander dan semua fasilitor yang bertugas...yang banyak mengajar kami ilmu baru dan mengingatkan kami ilmu lama yang semakin kami lupakan dek kesibukan bekerja sehingga mengabaikan jati diri kami......Tanpa disedari aku menangis teresak-esak.... Kesimpulannya Kem Kursus Ketahanan Fizikal adalah bagus untuk memupuk semangat jati diri dan mengingatkan diri kita untuk memperbaiki diri agar lebih bersemangat dalam memberi khidmat yang ikhlas , jujur dan amanah kepada masyarakat......


♥ღ Chat! ♥ღ